Ahad, 31 Mei 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan SKBSB 09

Kejohanan olahraga tahunan sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 1 mac 2009. Kejohanan ini turut melibatkan penyertaan dari murid murid prasekolah. Penyertaan meliputi acara kejohanan serta acara perbarisan. Dapat dilihat di atas ini, murid prasekolah menjalankan aktiviti lumba lari dengan penuh bersemangat. Aktiviti prasekolah mendapat perhatian dan sorakan yang gemuruh kerana para hadirin merasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh murid murid ini.


Gambar di atas memaparkan dengan jelas semangat murid prasekolah menghadapi kejohanan olahraga. Harus diketahui bahawa anak kecil yang berusia 6 tahun tidak dapat berdiri lama di tengah panas dan mempunyai tumpuan yang mudah terganggu. Dari gambar ini, jelas kelihatan mereka dapat mengikut arahan dan masih berdisiplin dalam perbarisan. Saya merasa sangat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka.




Murid prasekolah turut mengisi senarai nama pemenang dalam kejohanan ini. Kemenangan ini, walaupun di antara pelajar prasekolah adalah satu penghargaan kepada usaha semua murid prasekolah SKBSB yang telah menggunakan tenaga dan masa mereka untuk membuktikan keupayaan murid prasekolah.

Semoga Prasekolah SKBSB menjadi lebih cemerlang di tahun hadapan!
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)