Jumaat, 31 Julai 2009

28/07/2009 : 200,000 kanak-kanak ke prasekolah

PUTRAJAYA 27 Julai - Lebih 200,000 lagi kanak-kanak dijangka dapat mengikuti pendidikan prasekolah menjelang 2012 hasil perincian Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) ketiga yang mahu memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, ketika ini terdapat kira-kira 300,000 atau 60 peratus kanak-kanak yang berpeluang memasuki pendidikan prasekolah.

''Setiap tahun kira-kira 500,000 kanak-kanak mendaftar memasuki tahun satu di sekolah kebangsaan di seluruh negara tetapi lebih kurang 200,000 yang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

''Apa pun sasaran kita selepas 2012 adalah 100 peratus kanak-kanak yang memasuki tahun satu dapat melalui pendidikan prasekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperincikan enam bidang NKRA menyasarkan kira-kira 80 peratus kanak-kanak yang memasuki tahun satu pada setiap tahun telah melalui pendidikan prasekolah menjelang tahun 2012.

Bagaimanapun Alimuddin memberitahu, pihaknya tidak menghadapi masalah untuk mendidik kanak-kanak yang tidak mempunyai kemahiran 3M apabila memasuki tahun satu.

''Cuma berdasarkan kajian beberapa ahli pendidik sebelum ini, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran 3M sebelum memasuki tahun satu akan mudah dilatih dengan kemahiran lain," katanya.

Ditanya mengenai 100 buah sekolah yang akan menyertai projek perintis Sekolah Berprestasi Tinggi, beliau berkata, pemilihan sekolah itu bukan hanya berkisar pada akademik tetapi juga pencapaian keseluruhan sekolah tersebut.

''Ia termasuk pencapaian disiplin pelajar, tahap penguasaan pelajar terhadap bidang keutamaan sekolah, kebersihan dan kekemasan sekolah serta kejayaan-kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum.

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Khamis, 23 Julai 2009

11/06/2009 Kenal pasti potensi generasi baru

KUCHING 10 Jun - Pendidikan prasekolah merupakan platform paling tepat bagi mengenal pasti generasi baru yang berpotensi untuk meneroka sumber negara pada masa depan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, untuk tujuan tersebut, pendidikan awal perlu memberi tumpuan kepada kaedah terbaik bagi membangunkan potensi mereka.

Beliau berkata, kaedah itu diharap dapat membangkitkan minat serta keyakinan kanak-kanak sekali gus mendorong mereka untuk berdaya saing.

''Kita mahu negara ini mempunyai ramai anak-anak yang bijak pandai malah dikelilingi suasana kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.

''Saya berharap kita mampu menyediakan generasi muda untuk masa depan yang mempunyai potensi dalam meneroka sumber yang kaya untuk memajukan negara di samping memelihara warisan budaya masyarakat masing-masing,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kovensyen Pendidikan Prasekolah Siri 4/2009 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Taib bersetuju dengan cadangan Fatimah yang mahu mewujudkan Jawatankuasa Penetapan Piawaian Kualiti Prasekolah agar pendidikan awal mempunyai tanda aras bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti.

Beliau turut mencadangkan dua kriteria untuk memperkasakan pendidikan awal iaitu menarik lebih ramai penyertaan ibu bapa dan menjemput pakar bagi memberi garis panduan serta kaedah lain dalam memantapkan potensi kanak-kanak.

Katanya, kualiti pendidikan awal perlu mempunyai tahap piawaian yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi melahirkan generasi muda yang cemerlang.

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

23/07/2009 Prasekolah: Pastikan guru, prasarana cukup

KUALA LUMPUR 22 Julai - Prasarana yang mencukupi serta penyediaan guru terlatih perlu sekiranya mahu menjadikan pendidikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara.

Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud berkata, cadangan itu merupakan satu langkah yang bijak, bagaimanapun ia perlu disokong oleh kedua-dua perkara tersebut.

"Kerajaan perlu memastikan kelas prasekolah dilengkapi dengan pelbagai alat bantuan mengajar.

''Jika sekadar papan hitam serta cara mengajar bercakap biasa sahaja tidak memadai. Perlu ada alat pembelajaran yang ke hadapan seperti yang kita lihat di luar negara,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai cadangan pihak kerajaan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada dasar pendidikan negara.

Langkah berkenaan bagi memastikan proses pemantapan bahasa Inggeris dapat dimulakan di peringkat awal.

Dalam pada itu, kata Abdul Rahman, langkah menjadikan prasekolah sebagai dasar pendidikan negara juga mampu mengatasi isu kemunduran pelajar.

"Sebelum ini memang tiada satu sistem untuk prasekolah sedangkan ada bermacam-macam prasekolah yang disediakan oleh pihak swasta serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Bagaimanapun, ada kanak-kanak yang mahu pergi dan ada yang tidak.

"Apabila wujud sistem yang seragam ini pastinya tidak boleh dielak oleh semua kanak-kanak,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hasan berkata, pelaksanaan sistem prasekolah tersebut perlu menitikberatkan kanak-kanak di kawasan luar bandar.

"Jika sistem prasekolah ini dilakukan, perhatian yang lebih mesti diberikan terhadap kanak-kanak di pedalaman. Kalau mahu memastikan semua pelajar di usia muda cemerlang jangan abaikan mereka.

"Melihatkan situasi sekarang pun, pelajar di luar bandar masih lagi ketinggalan. Jadi pastikan dalam pelaksanaan prasekolah ini mereka tidak ketinggalan, jika tidak sia-sia sahaja apa yang ingin dicapai," katanya.

Selain itu, katanya, sekiranya sistem prasekolah dapat diselaraskan antara sekolah kerajaan dan swasta, ia mampu mengurangkan jurang pendidikan.

"Kalau boleh selaraskan tadika swasta dan kerajaan.

''Itu lebih baik kerana selalunya apa yang kita boleh lihat sekolah swasta ini menyediakan prasarana yang lebih baik,'' jelasnya.

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

21/07/2009 Prasekolah sebahagian sistem pendidikan negara - Muhyiddin

PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan berhasrat memasukkan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi membantu memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di peringkat rendah lagi kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. - Utusan
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Selasa, 21 Julai 2009

Program Pintar Bahasa Prasekolah Peringkat negeri Selangor 2008

Program Pintar Bahasa Peringkat Negeri Selangor yang julung-julung kali diadakan telah menarik minat saya untuk menghantar seorang murid ke pertandingan ini.
Alhamdulillah, murid saya telah berjaya mendapt tempat kedua dalam pertandingan menyusun huruf membentuk perkataan. Seronok rasanya dapat mengharumkan nama daerah Hulu Selangor.


Inilah gambar 3 orang murid yang menyertai pertandingan ini. Murid saya yang berada di tengah, Nur Shazana Safiyah. Di sebelah kiri dari SK Antara Gapi dan kanan SK Serendah.

Sedang menunggu giliran untuk acara yang disertai. Berdebar- debar cikgunya....saya la
Ini di peringkat awal pertandingan.....
Menjadi 3 peserta final....dapat no 2 pun sebab blue tack nye tercabut dari kad huruf....
Semasa acara penyampaian hadiah..rasa macam cikgunya yang terlebih gembira.
gambar kenangan kami semua, wakil Hulu Selangor. Saya yang pakai baju kurung tu...maklumlah cikgu baru...belum ada baju korporat lagi...yang pakai baju kuning tu, Encik Zaki, Pegawai Prasekolah PPD Hulu Selangor. Seronok dapat menggembirakan En Zaki.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Majlis Konvokesyen Prasekolah 2008 Hulu Selangor








Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Hasil Kerja Murid 2009

Berikut dipaparkan hasil kerja yang telah dihasilkan oleh murid-murid prasekolah 2009. Hasil kerja ini adalah antara yang terbaik dihasilkan oleh murid.













Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)