Isnin, 22 Jun 2009

"Aku Anak Malaysia" by Nazmi Arif



Alhamdulillah. Selepas memasuki tahun 2009, dapat juga saya memasukkan gambar kenangan Nazmi Arif semasa Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Selangor. Video dirakamkan di Sekolah Tinggi Klang.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Ahad, 14 Jun 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah

Esok adalah hari Isnin. Bermakna esok saya akan dapat bertemu dengan murid murid yang telah lama tidak berjumpa. Mungkin ada banyak cerita yang akan dikatakan oleh mereka. Sekiranya ada cerita menarik yang diceritakan, mungkin akan saya abadikan di dalam laman blog ini.

Esok juga merupakan hari pertama suami saya bertugas di sekolah baru. Alhamdulillah, permohonan pertukaran ke daerah Hulu Selangor telah diluluskan. Dia diterima masuk ke Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Perjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang 30 minit, 50 minit lebih cepat dari sekolah terdahulu di Puchong. Diharap dia dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah baru.

Permulaan semester kedua untuk tahun persekolahan ini diharap dapat membawa lebih banyak memori indah kepada semua. Semoga prestasi pelajar yang dibimbing akan terus meningkat. Itulah yang diharapkan oleh saya sebagai seorang guru.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Selasa, 2 Jun 2009

terima kasih

Hmm,kalau dilayari laman ni, dilihat gambar2nya, memang nampak canggihla jugak kan? Semua ni takkan jadi hebat dan canggih macam ni kalu bukan atas bantuan seorang cekgu ict yang rajin. Nak tau siapa? Siapa lagi kalau bukan suami yang tersayang, Khairul Hisyam bin Yaakob.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Isnin, 1 Jun 2009

Merentas Desa SKBSB

Berlangsung pada 23 Januari 2009.





Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)