Sabtu, 21 Ogos 2010

Hasil Kerja Tema Pakaian 2


Oh....ini ada lagi gambar murid yang sedang menyiapkan hasil kerja mereka..masih tema pakaian..membuat gelang atau rantai dari kertas majalah.

Caranya mudah saja...
1. Potong kertas majalah kepada keratan segitiga kecil(bahagian yang mempunyai warna yang terang dan cantik)
2. Ambil lidi dan lurutkan pada kertas segitiga kecil tadi supaya ia menjadi seperti gulungan.
3. Ambil tali dan masukkan gulungan tadi ke dalam tali.
4. Untuk lebih cantik, bolehlah diselang seli kan dengan manik ye.
5. Akhir sekali, ikat saja...selesai

Adam sedang bersungguh-sungguh memasukkan gulungan ke dalam tali

Syakira tanpa sedar dah melunjurkan kaki dek kerana terlalu kusyu' membuat kerja

Athirah...kusyu' ye...tak perasan gulungan dah terbang ke sana tu

Wana pun sama....fokus

Rantai yang hampir siap..semua nak buat rantai...tak nak gelang...heee

Itu saja...sekian
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Hasil Kerja Tema pakaian

Tema pakaian...antara hasil kerja yang telah dihasilkan murid saya...

Lipatan ataupun origami kemeja. Murid yang kreatif tentu akan membuat penambahan pada kemeja...contohnya butang dan poket tu..pada kolar pun ada butang kan?

Yang ini pun kreatif juga...lengan dan bahagian dada baju berlainan warna...

Bagi hasil kerja ini pula...semuanya berlainan warna..mumgkin ini kemeja idaman murid ini...bewarna-warni kan....name tag pun ada di bawah poket tu..

Yang ini gambar Aidid, Firdaus dan Syakira yang sangat bangga dengan hasil kerja mereka... topi ahli sihir ke topi party ni....cantik kan?


Sayang sangat dengan topi...buat kerja pon pakai lagi topinya...masa ni murid-murid lain dah balik..diorang stay di pra sampai pukul 1
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Selamat Berpuasa Ramadhan 1431H

Assalamualaikum wbt

Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431h dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca setia blog saya ini.

Di kesempatan ini, saya memohon seribu kemaafan kepada semua sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan dalam sedar atau tidak. Doakan lah semoga rezeki kita semakin bertambah.

Sejak bulan Ramadhan ini, sukar juga saya ingin mencari masa terluang untuk membuat sedikit penulisan di ruangan saya. Harap-harap Allah memberi kelapangan kepada saya untuk berkongsi pendapat dan idea di sini.

Sekian.



Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Isnin, 9 Ogos 2010

Bermain buih sabun

Kira-kira bulan April yang lalu, semasa minggu subtema air dari tema alam bahan, saya telah mengadakan aktiviti bermain buih sabun bersama anak-anak kesayangan saya.

Sama seperti tahun lepas, murid menyalin baju terlebih dahulu. Kemudian, mereka diajar menyanyi lagu 'Saya Suka Main Buih Sabun'. Seterusnya, mereka akan membandingkan antara air tanpa sabun dan air bersama sabun. Selepas itu, barulah mereka bermain bersama-sama.

Seronoknya mereka...tak percaya????...tengoklah

Lyana dan nurin begitu seronok sampai ke mulut dan kepala

Jangan berebut ye...main sama-sama

wah...seronok betul tu

Sempat lagi pandang kamera ye khalis

Ezdham...jaga-jaga baju tu...takde baju salin dah tu

Lyana dan suhira menunjukkan belon yang ditiup dari buih

Alif pun nak tunjuk juga

Tiup jangan tak tiup

Main apa tu Aidid?

oooo....Farhan kenakan kawan-kawan ye...lari nurin!!!

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Majlis Jamuan hari jadi 2010

Pada 27 April 2010, kami elah mengadakan jamuan hari jadi untuk murid yang lahir pada bulan Januari hingga April.

Seperti biasa, murid membawa sendiri pelbagai jenis makanan pada hari tersebut. Di bawah hanya ada 2 keping gambar sahaja. Dek kerana terlalu sibuk melayan murid, gambar pun tak sempat diambil.
En Asri selesai memberi ucapan.
Makanan yang banyak. terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang

Murid-murid yang tidak sabar menunggu untuk makan
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Ahad, 8 Ogos 2010

Sukaneka Murid Prasekolah dan Murid tahun 1 part 2

Masih tidak cukup lagi gambar yang saya rasa pembaca-pembaca blog ini perlu lihat dan renungi....jadi di sini saya uploadkan lagi gambar...

lari zig zag sambil membawa aiskrim gergasi...besar tu aiskrim...hati-hati ye...nanti tak sempat makan pula

Sempat lagi jeling pada cikgu ye sambil bermain

Permainan membaling pundi kacang

Murid PPKI bersama gurunya, Pn Norazma...begitu bersemangat bermain sama

Upacara penyampaian hadiah

Hadiah disampaikan oleh GPK Petang, En Mohd Abd Rahman

Murid prasekolah pula menerima hadiah

Pembahagian hadiah kepada murid di kelas

Jangan berebut ye murid-murid sekalian

Seronok ye dah dapat hadiah..semua jerit hurayyyy!!!!

Inilah serba sedikit gambaran mengenai aktiviti sukaneka yang dianjurkan unit kokurikulum sekolah kami. Terima kasih En. Asri (GPK koku) kerana turut melibatkan unit prasekolah.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Sukaneka Murid Prasekolah & Tahap 1


Pada 6 Ogos 2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu, SK Bandar Sungai Buaya telah mengadakan aktiviti Sukaneka untuk murid tahap 1, Prasekolah dan PPKI

Aktiviti sukaneka ini sememangnya amat menarik memandangkan semua murid boleh menyertainya. Setiap jenis sukaneka tersebut dicadangkan oleh guru setiap tahun termasuk saya sebagai guru prasekolah dan dibantu oleh guru pelatih.

Di bawah ialah gambar-gambar semasa aktiviti tersebut.

Bersama seorang lagi guru prasekolah, Pn Fadhilah dan 2 PPM, Pn Aslinna dan Pn Hasriza
Murid yang setia menunggu giliran untuk bermain

Murid tahun 1 yang nampaknya seperti tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing

Masih lagi menunggu sambil mendengar lagu yang dimainkan...walaupun sering bertanya kepada cikgunya...bila nak main ni????


2 orang guru pelatih yang banyak membantu, Cik Hafizah dan Cik Saidatul
(2 gambar yang bertudung hitam)

Murid tahun 1 yang begitu bersemangat berlari (permainan pecahkan belon)

Permainan menyusun sukukata

Permainan menghias model lelaki

Yang ini barulah murid prasekolah yang sedang berjalan sambil membawa gelang getah menggunakan straw

sedang bersungguh-sungguh memindahkan gelang getah

Ikuti post kedua pula ye..terlalu banyak gambar yang saya nak uploadkan....

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Ejaan nombor menggunakan pinggan kertas

Bagi meastikan bahan bantu mengajar saya menarik, pelbagai bahan telah saya gunakan. pada kali ini, saya gunakan paper plate pula.
Caranya sangat mudah..kalau kita suruh anak murid yang buat pun, menjadi insyaAllah.

BAHAN:
Pinggan kertas
Gunting
Pen marker
Warna air

CARA MEMBUATNYA:
Gunting bahagian keliling hujung pinggan kertas. Sama ada secara tajam atau lekuk. Ini Boleh menghasilkan bentuk bunga matahari atau bunga biasa.



Selepas itu kita tuliskan di permukaan pinngan kertas dengan apa perkataan yang dihajati. Warnakan permukaan tengah dengan warna air oren dan tepi kuning, jadilah bunga matahari. Bunga la gi satu tu, terpulanglah nak warnakan warna apa ye.
Yang tepi tu kena warnakan juga, then barulah menarik. Gambar yang dah siap, lupa nak ambil. So, nantila ye...
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)