Bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53, kelas saya telah membuat topi bercorak bendera Malaysia. Ini untuk memberi kelainan di samping memupuk semangat cinta akan Jalur Gemilang. Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan :
Murid menggunting kad manila mengikut bentuk yang telah disediakan terlebih dahulu.
Murid berkumpul selepas siap melekatkan kepingan-kepingan kad manila.
Kegembiraan kerana berjaya menyiapkan hasil kerja seperti dikehendaki oleh guru.
Murid menyanyikan lagu sambil mengibar Jalur Gemilang. (Dibeli, bukan hasil sendiri)
Model yang terpilih untuk menggayakan hasil karya mereka sendiri.
Itulah aktiviti yang dijalankan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 di Prasekolah SK Bandar Sungai Buaya.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)