Selasa, 9 Februari 2010

Jamuan akhir tahun, perpisahan dan hari jadi

Pada 16 Nov 2009, jamuan akhir tahun diadakan. hanya 1 hari ini sahaja saya free..minggu sebelum ini ke kursus ICT, minggu sebelum itu, ke kursus pemantapan p&p dan 17 nov bersamaan keesokan hari selepas jamuan..ke kursus kspk pula...

Murid sangat gembira dengan sambutan ini...tak semua guru dijemput memandangkan makanan kurang sikit kali ni..tapi walaupun tidak dijemput..kami tetap kirimkan juga ke bilik guru..

Sedih nak meninggalkan anak-anak ni..yelah..hari tu hari terakhir saya bersama mereka. Saya akan ke kursus pula..apapun, semoga mereka berjaya..



Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

KURSUS PENGGUNAAN ICT DALAM P&P PRASEKOLAH

Pda 10 nov 2009, saya telah menghadiri satu kursus yang sangat menarik...iaitu kursus ICT...seramai 4 orang wakil dari PPD Hulu Selangor telah dihantar untuk menghadiri kursus ini.

Kursus ini mendedahkan tentang penggunaan microsoft office dalam p&p prasekolah..nampak lekeh..tapi sebenarnya..banyak perkara baru yang dapat dipelajari dalam kursus ini..JU ICT yang dihantar memang hebat dan berpengalaman..telah menjelajah ke luar negara hasil dari sumbangannya dalm penggunaan microsoft office ni..cayalah...

Antara yang dipelajari...membuat kad imbasan menggunakan microsoft word...membuat latihan secara di dalam komputer menggunakan microsoft excel. Yang ini memang perkara baru buat saya. ini kerana setiap latihan terus disertakan dengan markah terus. bila murid enter saja jawapan...terus appear markah yang diperolehi...lagi....microsoft power point...hyperlink from slide to slide dan dari pp ke word dan excel...

Walaupun masa tak cukup tapi saya berjaya juga persembahkan hasil kerja saya di hadapan peserta kursus yang lain..tak lah sehebat mana...tapi sekurang-kurangnya Hulu Selangor bagi sumbangan...

Selain dari ilmu yang dapat..kami juga dapat gambar-gambar serta animation bertema...yang paling best...dapat 8gb pendrive percumaaaa....selain dari dapat makan best2 la...hehe...

apapun..kursus ni memang best...kalau ada lagi...saya nak pergi lagi...ni beberapa gambar kenangan...

Bilik kursus..telah disediakan komputer..tapi akhirnya kami gunakan laptop sendiri aje

Mouse yang agak 'tua' usianya....hehe

Rakan yang turut menyertai kursus

Pendrive yang diberi secara percuma...tq

Saya dan rakan
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

TAHUN 2010

Sudah lama rasanya saya tidak menulis. mungkin terlalu sibuk...ataupun buat-buat sibuk...tapi sebenarnya agak tensen dengan celcom broadband akhir-akhir ni...slow sangat...nak bukak blog pon lama....

Berbalik kepada tajuk...tahun 2010...macam tahun-tahun sebelum ni...50 orang murid diterima masuk...permohonan 70 semuanya...mungkin prasekolah skbsb ni kena buka lagi 1 kelas...hehe

Ramai juga ibu bapa yang kecewa dan marah bila permohonan tidak diterima. ye lah..kuota cuma 50 orang..20 orang terpaksa diketepikan...kalau ikutkan saya, semua permohonan nak diterima..tapi nak buat macam mana..1 kelas cuma 25 orang sahaja..kakitangan sekolah pun tidak diberi sebarang keistimewaan...kesian juga dengan rakan-rakan guru yang tidak diterima permohonannya...maaf banyak-banyak....

Setakat 1 bulan dalam 2010 ni..saya dah dapat sedikit senarai semak mengenai murid-murid...saya tuliskan dalam post seterusnya nanti..

KSPK..kurikulum baru...wish me luck!!!
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)