Selasa, 9 Februari 2010

TAHUN 2010

Sudah lama rasanya saya tidak menulis. mungkin terlalu sibuk...ataupun buat-buat sibuk...tapi sebenarnya agak tensen dengan celcom broadband akhir-akhir ni...slow sangat...nak bukak blog pon lama....

Berbalik kepada tajuk...tahun 2010...macam tahun-tahun sebelum ni...50 orang murid diterima masuk...permohonan 70 semuanya...mungkin prasekolah skbsb ni kena buka lagi 1 kelas...hehe

Ramai juga ibu bapa yang kecewa dan marah bila permohonan tidak diterima. ye lah..kuota cuma 50 orang..20 orang terpaksa diketepikan...kalau ikutkan saya, semua permohonan nak diterima..tapi nak buat macam mana..1 kelas cuma 25 orang sahaja..kakitangan sekolah pun tidak diberi sebarang keistimewaan...kesian juga dengan rakan-rakan guru yang tidak diterima permohonannya...maaf banyak-banyak....

Setakat 1 bulan dalam 2010 ni..saya dah dapat sedikit senarai semak mengenai murid-murid...saya tuliskan dalam post seterusnya nanti..

KSPK..kurikulum baru...wish me luck!!!
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Tiada ulasan: