Sabtu, 24 April 2010

Aktiviti Luar

Dengan pelaksanaan KSPK, aktiviti luar wajib dijalankan 80minit setiap minggu. Oleh itu, saya jalankan aktiviti luar 40 minit untuk 2 hari. Sehari aktiiti melibatkan kesukanan dan 1 hari lagi aktiviti bebas di luar. Salah satu darinya ialah bermain di taman permainan.

Setiap kali bermain di padang permainan, beberapa peraturan saya ingatkan kepada murid-murid. Antaranya ialah:
1 Sentiasa menjaga disiplin semasa bermain
2. Sentiasa berhati-hati semasa bermain
3. Beratur dan tidak berebut-rebut
4. Mengikut giliran
5. Tidak bertolak-tolak dengan rakan
6. Bermain dengan cara yang betul
- bermain dengan cara yang betul ini yang selalu diabaikan oleh murid-murid dan boleh menyebabkan kemalangan.







Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Kejohanan Olahraga Tahunan SKBSB 2010

Pada 7 Mac 2010, SKBSB telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2010. Murid prasekolah juga turut menyertai kejohanan tersebut.

Antara acara yang disertai ialah perbarisan, lompat jauh, lari terus 60 m dan lari terus 100 m. Bagi acara lompat jauh, perlawanan diadakan semasa sesi P&P aktiviti luar dan penyampaian hadiah pula semasa perhimpunan pagi.

Di bawah adalah gambar semasa hari kejohanan.



inilah dia skuad prasekolah


Walaupun kepenatan, senyum tetap dilemparkan...


Kegarisan, sedia, POOOOONNN


Ini acara 100meter

Laju!!! Laju!!!

Pemenang acara lari terus 60m

Pemenang acara lari terus 60m


Wajah-wajah bakal atlit sekolah


Pemenang acara lari terus 100m


Pemenang acara lari terus 100m
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Khamis, 22 April 2010

paper mache

Baru-baru ni...takde la baru sangat kan...saya bersama suami telah cuba membuat satu bahan yang dipanggil 'paper mache' secara tradisional.

Jadi, saya nak kongsikan cara-cara membuat bahan tersebut.

BAHAN-BAHAN:
1. Kertas surat khabar - dipotong atau disiat-siat
2. Tepung gandum - 2 cawan
3. Garam
4. Air - 2 cawan
5. Belon - ditiup

CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan tepung bersama air dan garam. Ia dijadikan gam atau perekat.


2. Buat garisan pada belon berdasarkan bentuk yang ingin kita hasilkan. Saya cuma ingin menghasilkan bentuk separa bulat (mangkuk).

3. Kertas yang telah disiat tadi dicelupkan ke dalam perekat yang telah dihasilkan.


4. Tampal pada belon sehingga penuh.

5. Keringkan.

6. Setelah kering, warnakan mengikut warna yang disukai. Gunakan warna air.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)