Khamis, 22 April 2010

paper mache

Baru-baru ni...takde la baru sangat kan...saya bersama suami telah cuba membuat satu bahan yang dipanggil 'paper mache' secara tradisional.

Jadi, saya nak kongsikan cara-cara membuat bahan tersebut.

BAHAN-BAHAN:
1. Kertas surat khabar - dipotong atau disiat-siat
2. Tepung gandum - 2 cawan
3. Garam
4. Air - 2 cawan
5. Belon - ditiup

CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan tepung bersama air dan garam. Ia dijadikan gam atau perekat.


2. Buat garisan pada belon berdasarkan bentuk yang ingin kita hasilkan. Saya cuma ingin menghasilkan bentuk separa bulat (mangkuk).

3. Kertas yang telah disiat tadi dicelupkan ke dalam perekat yang telah dihasilkan.


4. Tampal pada belon sehingga penuh.

5. Keringkan.

6. Setelah kering, warnakan mengikut warna yang disukai. Gunakan warna air.
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Tiada ulasan: