Isnin, 9 Ogos 2010

Bermain buih sabun

Kira-kira bulan April yang lalu, semasa minggu subtema air dari tema alam bahan, saya telah mengadakan aktiviti bermain buih sabun bersama anak-anak kesayangan saya.

Sama seperti tahun lepas, murid menyalin baju terlebih dahulu. Kemudian, mereka diajar menyanyi lagu 'Saya Suka Main Buih Sabun'. Seterusnya, mereka akan membandingkan antara air tanpa sabun dan air bersama sabun. Selepas itu, barulah mereka bermain bersama-sama.

Seronoknya mereka...tak percaya????...tengoklah

Lyana dan nurin begitu seronok sampai ke mulut dan kepala

Jangan berebut ye...main sama-sama

wah...seronok betul tu

Sempat lagi pandang kamera ye khalis

Ezdham...jaga-jaga baju tu...takde baju salin dah tu

Lyana dan suhira menunjukkan belon yang ditiup dari buih

Alif pun nak tunjuk juga

Tiup jangan tak tiup

Main apa tu Aidid?

oooo....Farhan kenakan kawan-kawan ye...lari nurin!!!

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Tiada ulasan: