Jumaat, 6 Ogos 2010

Membuat huruf blok ABC

Antara bahan 2 dalam 1 yang telah saya buat ialah huruf blok ABC samapa ke Z. Huruf-huruf ini menjadi panduan kepada murid tentang cara menulis huruf dengan cara yang betul.
Yelah..ada antara murid kita ni yang main tulis je huruf asalkan bentuknya jadi sama. Yang sebenarnya ini tidak betul. Kita mesti mengajar murid kita untuk menulis dengan cara yang tepat. Contohnya...huruf a kecil...mestilah tulis perutnya dulu baru batangnya...hehe
Cara membuatnya senang saja....tapi anda bolehla menggunakan cara lain...gunakan kreativiti sendiri pun boleh...
Lupa nak kasi tau, kanapa 2 dalam 1??? ABM dan perhiasan di dinding kelas.

BAHAN:
Huruf blok master
Eva Foam 2 warna untuk vokal dan 1 untuk konsonan
Mounting board
Whiteboard line tape /pen marker
Pensel
Gam
Gunting

CARA-CARA
Tekapkan huruf blok ke eva foam. Warna yang berlainan untuk vokal dan konsonan ye.
Gunting huruf dan tampalkan ke mounting board.
Kemudian, buat anak panah menggunakan whiteboard line tape atau lukis je guna pen marker.
Siap...gambarnya di bawah...

Ini antara bahan-bahannya

Tekap huruf

Gunting pula

Dah siap hurufnya

Tampal dengan tape ye

Bahan yang dah siap di tampal pada mounting board akan di upload selepas ini

Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Tiada ulasan: