Sabtu, 21 Ogos 2010

Hasil Kerja Tema Pakaian 2


Oh....ini ada lagi gambar murid yang sedang menyiapkan hasil kerja mereka..masih tema pakaian..membuat gelang atau rantai dari kertas majalah.

Caranya mudah saja...
1. Potong kertas majalah kepada keratan segitiga kecil(bahagian yang mempunyai warna yang terang dan cantik)
2. Ambil lidi dan lurutkan pada kertas segitiga kecil tadi supaya ia menjadi seperti gulungan.
3. Ambil tali dan masukkan gulungan tadi ke dalam tali.
4. Untuk lebih cantik, bolehlah diselang seli kan dengan manik ye.
5. Akhir sekali, ikat saja...selesai

Adam sedang bersungguh-sungguh memasukkan gulungan ke dalam tali

Syakira tanpa sedar dah melunjurkan kaki dek kerana terlalu kusyu' membuat kerja

Athirah...kusyu' ye...tak perasan gulungan dah terbang ke sana tu

Wana pun sama....fokus

Rantai yang hampir siap..semua nak buat rantai...tak nak gelang...heee

Itu saja...sekian
Sekiranya laporan ini menarik, sila tekan butang like di bawah :)

Tiada ulasan: