NUSAJAYA 19 Nov. - Jabatan Pelajaran negeri menyasarkan penyertaan pendidikan murid prasekolah meningkat sebanyak 20 peratus menjelang 2012 dengan sasaran pertambahan sebanyak empat peratus pada tahun 2010.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sasaran berkenaan boleh dicapai berikutan pertambahan jumlah sekolah yang menawarkan kelas prasekolah daripada 627 ke 637 buah sekolah pada tempoh itu.
"Kerajaan negeri sentiasa prihatin dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dengan meliputi peringkat prasekolah hingga ke pengajian tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembentangan bajet negeri Johor 2010 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, terdapat 175 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan di seluruh negeri yang menekankan kepada penyertaan pelajar daripada pelbagai kaum.
Jumlah itu, katanya, dijangka akan bertambah kepada 177 pada tahun 2010 bagi menampung keperluan masyarakat.
Katanya lagi, Tabika Kemajuan Masyarakat (Kemas) pula menyediakan 772 buah yang menempatkan 19,159 orang murid dan akan ditambah kepada 785 buah pada tahun 2010.
Menurutnya, Jabatan Pelajaran juga menyasarkan semua tenaga pengajar prasekolah akan mendapat penarafan lima bintang (PLB) menerusi program pengukuhan tenaga pengajar prasekolah menjelang 2012.
"Program ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 16,852 pelajar di 627 buah sekolah seluruh negeri," katanya.
Sementara itu, Abdul Ghani menambah, kerajaan negeri mencadangkan supaya elaun guru agama Johor dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM800 sebulan.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengkaji cadangan untuk menggredkan jawatan guru-guru Tadika Agama Johor itu.
3 ulasan:
salam.. cikgu if free boleh visit my blog http://lensesdigitalphotography.blogspot.com
Salam...
nak tanya la, kalau pra-sekolah nih, ada syarat2 ke? contohnya mcm parents nya gaji ke, dsb :D tq...
Ada, syarat pertama adalah warganegara Malaysia (ibu, bapa dan anak). Kedua, pendapatan ibu dan bapa (ikut keutamaan perkapita). Maksudnya ikut bilangan adik beradik untuk pemilihan. Kemudian, diutamakan umur 6 tahun. Jika ada kekosongan baru 5 tahun diambil.
Catat Ulasan